Sunday, 17 January 2016

PENDERMA "SEROCONVERT"

PENDAHULUAN
'Seroconvert' merujuk kepada keputusan ujian saringan darah yang 'positif' bagi pendermaan terkini tetapi ujian saringan darah pada pendermaan sebelumnya adalah 'Negatif'.

Keadaan ini berlaku bilamana pendermaan darah yang sebelumnya, didermakan mungkin berada dalam tempoh 'Window period' dimana ujian saringan darah tidak dapat mengesan kejangkitan yang ada dalam badan penderma.
BAGAIMANA
Kejangkitan penyakit melalui Tranfusi boleh menjangkiti seseorang penderma yang mengamalkan cara hidup yang berisiko tinggi. Antaranya;-
 
 
Darah yang tercemar tidak boleh sama sekali digunakan untuk tujuan rawatan. Penderma darah harus sedar bahawa darah yang tercemar dan didermakan semasa "Window Period" boleh membahayakan nyawa penerima darah.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap penderma mengistiharkan status amalan cara hidup berisiko tinggi mereka pada borang pendaftaran pendermaan darah atau semasa sesi kaunseling sebelum menderma darah. Penderma darah juga harus mengelak diri dari menderma darah sekiranya terlibat WALAUPUN sekali dalam aktiviti cara hidup berisiko tinggi.

 
Jangan menderma darah untuk semata-mata mengetahui status darah anda daripada jangkitan akibat daripada cara hidup anda yang berisiko tinggi. Ujian darah boleh dijalankan di Klinik-Klinik Kesihatan atau di Hospital yang berhampiran.
 
MAKLUMAT PENTING UNTUK
PENDERMA DARAH
 
Sekiranya anda merasakan darah yang anda baru derma itu tidak selamat untuk digunakan, sila maklumkan kepada pihak kami dengan segera.
 
 Unit Pendermaan Tabung Darah
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)
28000 Temerloh
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-2955333
Faks: 09-2972806
 

No comments:

Post a Comment