Thursday, 14 January 2016

KEBAIKAN MENDERMA DARAH

Pengenalan

Adakah anda pernah menderma darah....? Bagi mereka yang telah menderma darah kami dari Blood Bank HoSHAS mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih dan Tahniah.  Bagi yang belum...bila lagi.....?  Jangan putus asa bagi yang datang dan tidak berjaya..jangan rasa rendah diri. "Mohlah..weh.. derma darah..setitis darah boleh menyelamatkan orang yang tersayang."




ARTIKEL DR. YUSUF AL-QARADHAWI
Dr. Yusuf al-Qaradhawi, ulama tersohor masa kini dalam laman Islam on line net., menyatakan, menderma darah adalah satu sedekah yang paling tinggi nilainya. Seseorang yang sedang sakit, memerlukan darah dan jika anda menderma kepadanya, ia merupakan satu amalan menyelamatkan kehidupan seseorang itu. Ganjarannya cukup besar di sisi Allah SWT.
Islam memandang manusia itu sejenis makhluk yang mulia. Jadi, jika memberi minum kepada haiwan atau menolong menyelamatkan haiwan pun besar pahalanya, apatah lagi menyelamatkan nyawa seorang insan yang dimuliakan Allah itu.
Maka jika yang menderma itu terdiri daripada kaum kerabatnya sendiri, sudah tentu ganjaran Allah berganda kerana ada hadis yang mahukan dipererat hubungan keluarga dan menghubungkan silaturahim itu. Demikian juga jiran, rakan dan sebagainya. Malah menderma darah kepada orang yang berseteru pun baik supaya menjadi rapat kembali selepas berseteru.
Akademi Fekah Islam, Mekah juga memfatwakan bahawa, menderma darah atau organ anggota kepada orang yang memerlukan darah atau anggota lain, satu amalan baik. Malah al-Qaradhawi pernah menyeru umat Islam di Amerika supaya menderma darah kepada orang ramai yang bukan Islam yang terlibat dengan serangan 11 September 2001 dahulu. Justeru ini termasuk amalan yang baik kepada sesama manusia.

Ketahuilah Lapan(8) kebaikan  setelah anda menderma darah..! Antaranya;- 

1. Derma Darah Mengurangkan Berat Badan

Percaya atau tidak, menderma darah boleh mengurangkan berat badan. Setiap kali menderma darah kita akan membakar 650 kalori serta kehilangan satu paun bagi setiap pain darah yang diderma.

2. Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Sewaktu kempen derma darah diadakan, penderma akan memperolehi khidmat kesihatan percuma. Maklumat penting tentang jenis darah kita, tekanan darah, tahap kolesterol, dan banyak lagi akan dimaklumkan kepada penderma secara percuma.

3. Menerima Rawatan di Wad Hospital Kelas Pertama

Jika kita dimasukkan ke hospital untuk apa-apa sebab sekalipun, keselesaan adalah amat penting. Di Malaysia, jika kita menderma darah untuk sejumlah tertentu, kita berhak untuk menerima rawatan di wad hospital kelas pertama.Rujuk Buku Kecil Sijil Pendermaan
 
4. Memperolehi Vaksinasi Hepatitis BHepatitis B boleh merosakkan hati. Ia mudah berjangkit sehingga 50 hingga 100 kali berbanding HIV. 1.4 juta rakyat Malaysia dipercayai mengidap penyakit ini. Jadi amatlah penting untuk kita semua mendapatkan vaksin penyakit ini. Vaksin Hepatitis B akan diberi secara percuma se

kiranya kita menderma darah dua kali dalam satu tahun.

5. Pertambahan Sel Darah
Menderma darah akan menyebabkan sel-sel darah merah kita berkurangan. Ini akan memaksa sum-sum tulang untuk membuat yang baru. Proses ini akan menyebabkan badan kita menjadi lebih segar serta lebih baik untuk melaksanakan tugas yang baru.

6. Mengurangkan Risiko Kanser
Kanser adalah antara penyakit yang paling ditakuti. Di Malaysia jumlah pesakit kanser semakin meningkat tahun demi tahun. Terdapat sejumlah 32,000 kes baru pada tahun 2008 dan 37,400 pada 2012. Antara punca utama penyakit kanser adalah pengambilan makanan yang tidak sihat seperti daging yang diproses serta bernafas dalam udara yang tercemar. Tetapi jika kita konsisten menderma darah, ianya boleh menurunkan risiko kanser dalam kolon, perut, paru-paru, hati, dan juga tekak.

7. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Penyakit jantung merupakan penyebab nombor satu kematian di Malaysia sejak 30 tahun lepas. Namun kita tak perlu risau kerana dengan menderma darah, risiko serangan jantung dan penyakit jantung akan berkurangan. Sebabnya adalah kerana penyakit jantung selalunya dikaitkan dengan tahap zat besi dalam darah kita. Terlalu banyak besi pekat dalam darah, akan merosakkan arteri kita dalam jangka masa panjang. Apabila menderma darah, kita mengeluarkan besi berlebihan dari badan.
8. Mengeratkan Perpaduan
Apabila kkta menderma darah, kita tidak pasti siapa yang bakal menerima darah kita. Ia mungkin mereka yang sama ugama, bangsa dan warna kulit atau sebaliknya. Jadi secara tak lansung pertalian darah sebenarnya wujud dalam masyarakat Malaysia.

If you need any further information...?
(Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi kami:-)

Call us at:
Unit Pendermaan Tabung Darah
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)
28000 Temerloh
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-2955333 or 017-7562253
Faks: 09-2972806
Mohamad Roslan bin Hussin
PRO Unit Pendermaan HoSHAS
e-mail: 1GOVUC\mroslanhussin.moh or
mohamadroslanhussin@yahoo.com.my.
dermadarahbbhoshas@gmail.com
dermadarahbbhoshas@blogspot.com

BUKU KECIL PENDERMAAN

Sunday, 10 January 2016

GIVE BLOD "DERMA DARAH"

  FOR PROSPECTIVE YOU
Why is it important for me to donate blood..?(Mengapa saya perlu menderma darah..?)
Every day someone depende on blood for life. Blood may be needed for surgery or accident victims and to treat patients with leukaemia, cancer, heart disease, liver disease and haemophilia. Your contribution could help save a life.

Setiap hari darah diperlukan untuk menyelamatkan nyawa. Darah mungkin diperlukan untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau merawat pesakit leukimia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemofilia. Sumbangan anda boleh menyelamatkan nyawa.


Am I eligible to donate blood..?
(Adakah saya layak untuk menderma darah..?)
Yes, you are eligible to donate blood if you are healthy, aged between 18 and 60 year and weight at least 45 kg. Those who are 17 years of age can donate blood with their parents' / guardians written consent.

Ya, anda layak menderma darah jika anda sihat, berumur antara 18 hingga 60 tahun dan mempunyai berat badan 45 kg. atau lebih. Mereka yang berumur 17 tahun boleh menderma darah dengan mendapat kebenaran daripada ibubapa/penjaga.

Am I healthy enough to donate blood..?
(Adakah saya cukup sihat untuk menderma darah..?)
You should feel well if you plan to donate blood. Your healthy and safety are very important to us. You will be asked to complete a Donor Consent Form, your blood pressure will be measured and a drop of blood will be taken from your finger to test your haemoglobin level. If you are on any medication, please inform us in advence.

Ya, setelah anda diperakui oleh pegawai perubatan yang bertugas bahawa anda adalah layak untuk menderma. Pemeriksaan Tekanan darah anda dan Tahap kepekatan darah anda (Haemoglobin). Pada Amnya pengambilan ubat tidak menjadi halangan untuk menderma darah kerana penerimaan dan penolakan adalah berdasarkan laporan perubatan. Bagaimanapun, sekiranya anda mengambil sebarang ubatan, sila maklumkan sebelum menderma darah.

How will I feel after donating blood..?
(Bagaimanakah rasanya selepas menderma darah..?)
You should feel fine. Most people feel great because they help to save lives.

Anda akan merasa begitu bangga dan mendapat satu kepuasan apabila dapat membantu pesakit-pesakit yang memerlukan darah.

Can I work or practise sports after donating blood..?
(Bolehkah saya melakukan aktiviti sukan selepas menderma darah..?)
Just avoid heavy muscular or strenuous activities such as lifting, pushing or picking up heavy objects five hours after giving blood. Drink plenty of water for the next 24 hours.

Boleh, cuma elakkan dari melakukan aktiviti yang berat untuk tempoh 5 jam selepas menderma darah. Banyakkan minum air dalam tempoh 24 jam.

How long does it take to replenish the blood that I have donated..?
(Berapa lama masa yang diambil untuk menggantikan darah yang telah diambil itu..?)
It takes about 24 hours for your body to replace your blood volume or plasma. It takes about 8 to 12 weeks  to replace the red cells before you can donate again (About 3 month).

Plasma digantikan semula dalam masa 24 jam. Darah merah memerlukan jangkamasa 8-12 minggu untuk digantikan dan anda boleh menderma semula selepas itu (Lebih kurang 3 bulan). 

What happens to my blood after donating..?
(Apakah yang akan dibuat kepada darah yang telah didermakan itu..?)
Your blood will be screened for Syphilis, Hepatitis B, Hepatitis C and HIV viruses. Then your blood will be stored for use. Your blood can used either as whole blood to help one patient or further processed and separated into components of red cells, pletlets and plasma to help several patients.
 
Darah akan diuji untuk virus Siflis, Hepatitis B, Hepatitis C dan AIDS (HIV). Darah juga boleh diasingkan kepada beberapa kompenen darah (Sel darah merah, Pletlet and plasma) dan boleh digunakan untuk merawati lebih dari seorang pesakit.

Do I have to take food before donating blood..?
(Adakah saya perlu mengambil makanan (Berpuasa) sebelum menderma darah..?)
Yes, you have to take some food before donating blood

Ya, anda perlu makan sebelum menderma darah.



If you need any further information...?
(Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi kami:-)

Call us at:
Unit Pendermaan Tabung Darah
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)
28000 Temerloh
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-2955333 or 017-7562253
Faks: 09-2972806
Mohamad Roslan bin Hussin
PRO Unit Pendermaan HoSHAS
e-mail: 1GOVUC\mroslanhussin.moh or
mohamadroslanhussin@yahoo.com.my
dermadarahbbhoshas@gmail.com
dermadarahbbhoshas@blogspot.com