Thursday, 14 January 2016

KEBAIKAN MENDERMA DARAH

Pengenalan

Adakah anda pernah menderma darah....? Bagi mereka yang telah menderma darah kami dari Blood Bank HoSHAS mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih dan Tahniah.  Bagi yang belum...bila lagi.....?  Jangan putus asa bagi yang datang dan tidak berjaya..jangan rasa rendah diri. "Mohlah..weh.. derma darah..setitis darah boleh menyelamatkan orang yang tersayang."




ARTIKEL DR. YUSUF AL-QARADHAWI
Dr. Yusuf al-Qaradhawi, ulama tersohor masa kini dalam laman Islam on line net., menyatakan, menderma darah adalah satu sedekah yang paling tinggi nilainya. Seseorang yang sedang sakit, memerlukan darah dan jika anda menderma kepadanya, ia merupakan satu amalan menyelamatkan kehidupan seseorang itu. Ganjarannya cukup besar di sisi Allah SWT.
Islam memandang manusia itu sejenis makhluk yang mulia. Jadi, jika memberi minum kepada haiwan atau menolong menyelamatkan haiwan pun besar pahalanya, apatah lagi menyelamatkan nyawa seorang insan yang dimuliakan Allah itu.
Maka jika yang menderma itu terdiri daripada kaum kerabatnya sendiri, sudah tentu ganjaran Allah berganda kerana ada hadis yang mahukan dipererat hubungan keluarga dan menghubungkan silaturahim itu. Demikian juga jiran, rakan dan sebagainya. Malah menderma darah kepada orang yang berseteru pun baik supaya menjadi rapat kembali selepas berseteru.
Akademi Fekah Islam, Mekah juga memfatwakan bahawa, menderma darah atau organ anggota kepada orang yang memerlukan darah atau anggota lain, satu amalan baik. Malah al-Qaradhawi pernah menyeru umat Islam di Amerika supaya menderma darah kepada orang ramai yang bukan Islam yang terlibat dengan serangan 11 September 2001 dahulu. Justeru ini termasuk amalan yang baik kepada sesama manusia.

Ketahuilah Lapan(8) kebaikan  setelah anda menderma darah..! Antaranya;- 

1. Derma Darah Mengurangkan Berat Badan

Percaya atau tidak, menderma darah boleh mengurangkan berat badan. Setiap kali menderma darah kita akan membakar 650 kalori serta kehilangan satu paun bagi setiap pain darah yang diderma.

2. Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Sewaktu kempen derma darah diadakan, penderma akan memperolehi khidmat kesihatan percuma. Maklumat penting tentang jenis darah kita, tekanan darah, tahap kolesterol, dan banyak lagi akan dimaklumkan kepada penderma secara percuma.

3. Menerima Rawatan di Wad Hospital Kelas Pertama

Jika kita dimasukkan ke hospital untuk apa-apa sebab sekalipun, keselesaan adalah amat penting. Di Malaysia, jika kita menderma darah untuk sejumlah tertentu, kita berhak untuk menerima rawatan di wad hospital kelas pertama.Rujuk Buku Kecil Sijil Pendermaan
 
4. Memperolehi Vaksinasi Hepatitis BHepatitis B boleh merosakkan hati. Ia mudah berjangkit sehingga 50 hingga 100 kali berbanding HIV. 1.4 juta rakyat Malaysia dipercayai mengidap penyakit ini. Jadi amatlah penting untuk kita semua mendapatkan vaksin penyakit ini. Vaksin Hepatitis B akan diberi secara percuma se

kiranya kita menderma darah dua kali dalam satu tahun.

5. Pertambahan Sel Darah
Menderma darah akan menyebabkan sel-sel darah merah kita berkurangan. Ini akan memaksa sum-sum tulang untuk membuat yang baru. Proses ini akan menyebabkan badan kita menjadi lebih segar serta lebih baik untuk melaksanakan tugas yang baru.

6. Mengurangkan Risiko Kanser
Kanser adalah antara penyakit yang paling ditakuti. Di Malaysia jumlah pesakit kanser semakin meningkat tahun demi tahun. Terdapat sejumlah 32,000 kes baru pada tahun 2008 dan 37,400 pada 2012. Antara punca utama penyakit kanser adalah pengambilan makanan yang tidak sihat seperti daging yang diproses serta bernafas dalam udara yang tercemar. Tetapi jika kita konsisten menderma darah, ianya boleh menurunkan risiko kanser dalam kolon, perut, paru-paru, hati, dan juga tekak.

7. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Penyakit jantung merupakan penyebab nombor satu kematian di Malaysia sejak 30 tahun lepas. Namun kita tak perlu risau kerana dengan menderma darah, risiko serangan jantung dan penyakit jantung akan berkurangan. Sebabnya adalah kerana penyakit jantung selalunya dikaitkan dengan tahap zat besi dalam darah kita. Terlalu banyak besi pekat dalam darah, akan merosakkan arteri kita dalam jangka masa panjang. Apabila menderma darah, kita mengeluarkan besi berlebihan dari badan.
8. Mengeratkan Perpaduan
Apabila kkta menderma darah, kita tidak pasti siapa yang bakal menerima darah kita. Ia mungkin mereka yang sama ugama, bangsa dan warna kulit atau sebaliknya. Jadi secara tak lansung pertalian darah sebenarnya wujud dalam masyarakat Malaysia.

If you need any further information...?
(Sebarang pertanyaan anda boleh menghubungi kami:-)

Call us at:
Unit Pendermaan Tabung Darah
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)
28000 Temerloh
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-2955333 or 017-7562253
Faks: 09-2972806
Mohamad Roslan bin Hussin
PRO Unit Pendermaan HoSHAS
e-mail: 1GOVUC\mroslanhussin.moh or
mohamadroslanhussin@yahoo.com.my.
dermadarahbbhoshas@gmail.com
dermadarahbbhoshas@blogspot.com

BUKU KECIL PENDERMAAN

No comments:

Post a Comment