Thursday, 28 January 2016

PROGRAM DERMA DARAH BULAN FEBRUARI 2016


ASSALAMMUALAIKUM/ SALAM SEHATI SEJIWA...

YB./YH./YANG BERBAHAGIA
DATO'/TUAN/PUAN YANG DIHORMATI...

Makluman kepada semua penderma dan yang akan menderma darah. Di sini dipaparkan jadual pergerakan program derma darah bagi bulan Februari 2016.


* Sebarang tambahan pergerakan program akan dimaklumkan dari masa kesemasa....atau hubungi saya di talian 017-7562253 Mohamad Roslan bin Hussin.
e-mail: mohamadroslanhussin@yahoo.com.my or dermadarahbbhoshas@gmail.com or dermadarahbbhoshas@blogspot.com



Wednesday, 27 January 2016

HEPATITIS C

PENGENALAN
Merupakan Virus bawaan darah. Mula dijumpai pada tahun 1989.  Produk darah telah diperiksa secara rutin untuk Hepatitis C sehingga tahun 1994, oleh itu, sebelum tahun tersebut, pemindahan darah (Transfusi darah) dan produk darah merupakan kaedah jangkitan utama. Penyebaran Virus Hepatitis C dianggarkan diantara 0.5% hingga 1.0% atau seorang yang dijangkiti dalam setiap 100-200 populasi.
 
APAKAH BAHAYA HEPATITIS C...?
TIADA VAKSIN UNTUK
HEPATITIS  C
1. Hepatitis C kronik boleh membawa maut. 
2. 85% daripada mereka yang terdedah kepada Virus menghadapi penyakit ini.
3. Satu (1) dalam Lima (5) pesakit yang menghadapi Hepatitis C akan mengalami parutan dan pengerasan hati secara berperingkat.
4. Risiko memperolehi barah hati adalah sehingga 5 % selepas 20 tahun dan sehingga 4 % setahun jika hati telah mengalami parutan. 
 
BAGAIMANA ANDA MENDAPAT HEPATITIS C
Hepatitis C adalah jangkitan Virus melalui pendedahan kepada darah seseorang yang telah dijangkiti Virus tersebut. Malah ia boleh dijangkit melalui darah kering.
 
Cara-Cara Jangkitan yang mungkin berlaku termasuk;-
1. Penyentuhan darah dengan darah yang dijangkiti.
2. Penggunaan alat suntikan ubat/darah yang sama.
3. Tattoo dan menindik telinga dan badan.
4. Transfusi darah (pemindahan darah) dan produk darah sebelum tahun 1994. 
 
 
APAKAH CARA JANGKITAN HEPATITIS C YANG LAIN
 
1. Berkongsi berus gigi, pisau cukur, alat gunting kuku jari dan kaki dengan orang yang diketahui menghidap penyakit Hepatitis C.  Walaupun risikonya rendah, peralatan-peralatan tersebut mungkin mempunyai kesan-kesan darah yang dijangkiti itu.
 
2. Malah berkongsi tuala juga boleh mendatangkan risiko.  
 
3. Manakala jangkitan melalui hubungan seks adalah rendah atau samar-samar sahaja tetapi kemungkinannya masih wujud, sesetengah kajian mencadangkan bahawa bahan-bahan Virus boleh didapati dalam cecair vagina atau air mani.
 
SIAPAKAH YANG PERLU MENJALANI UJIAN UNTUK HEPATITIS C
 
   
1. Mereka yang mendapat tranfusi darah atau produk darah yang tidak diperiksa terutama sebelum tahun 1994.
2. Penggunaan alat-alat suntikan ubat yang sama.
3. Pesakit Haemodialisis kronik
4. Kemalangan atau kecederaan yang diperolehi melalui penggunaan alat perubatan yang tidak cukup steril, amalan kawalan jangkitan yang lemah dan suntikan tidak selamat.
5. Jika ujian fungsi hati tidak normal.  
 
APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN JIKA ANDA DALAM KUMPULAN
BERISIKO TINGGI............?   
 
                Sekiranya anda merasakan diri anda dalam kumpulan berisiko tinggi, sila maklumkan kepada Doktor Anda dengan segera. Rujuk Pakar Gastroenterologi atau Hepatologi.
 
Iksan dari;-
Unit Pendermaan Tabung Darah
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)
28000 Temerloh
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-2955333
 







Monday, 25 January 2016

SELAMAT MENYAMBUT HARI THAIPUSAM


Kami dari Bloodbank Hoshas Temerloh mengucapkan Selamat hari Thaipusam (Thaipusam Vartekel) kepada penganut Agama Hindu dan Selamat menyambut tahun baru 2016 kepada semua penderma darah di Tabung Darah Hoshas Khususnya. Jasa dan pengorbanan tuan/puan sentiasa kami hargai.

 
Jangan lupa teruskan untuk menderma darah dengan kami pada tahun ini (2016) dan Jika anda berminat untuk jadi Penganjur Program Derma Darah....Hubungi saya di Talian:-
Tel: 017-7562253
 Bercakap dengan; Mohamad Roslan Hussin
PRO Hospital Sultan Haji Ahmad Shah
Temerloh, Pahang Darul Makmur
e-mail: mohamadroslanhussin@yahoo.com.my or
 
"Mohlah...Weh derma darah..Setitis darah boleh menyelamatkan insan yang tersayang"
 

Sunday, 24 January 2016

AFERESIS(APHERESIS)



AFERESIS(APHERESIS)

APAKAH AFERESIS(WHAT IS APHERESIS).?
Proses pengeluaran plasma dan platelet, kemudian mengembalikan semula sel darah merah kepada penderma dengan menggunakan mesin khas.
The process of withdrawing plasma and platelets and returning the red cells to donar. The process is easy as it is done by a machine.




BAGAIMANA IA DILAKUKAN(HOW IS IT DONE)..?
Anda akan dijemput duduk dan jarum yang mengalirkan darah akan dicucuk pada lengan anda yang
akan bersambung terus kepada mesin melalui saluran pengaliran darah.
            Darah akan masuk kedalam mesin yang akan mengasingkan sel darah merah dari plasma dan platelet. Plasma dan platelet akan dikumpul di dalam beg berasingan. Bagi plasma 30 minit. Lebih kurang 90 minit untuk menderma platelet. Sel darah merah akan dikembalikan kepada anda.

The donor will lie down on a reclining chair with the needle attached to his arm. Blood that iswithrawn goes into the separator which separates the red cells from the plasma and platelets.
             The machine then return the red cells to the donor. It takes 30 minutes to collect plasma and about 90 minutes to collect the platelets.

SIAPAKAH YANG LAYAK MENDERMA (WHO CAN BE A DONATE)...?


Sesiapa sahaja layak menyertai pendermaan ini selain dari penderma darah biasa. Jika ia sihat, berumur antara 18 hingga 50 tahun dan berat badan mestilah melebih 55  kilogram.
             Bagaimanapun tidak boleh menderma darah dalam masa yang sama untuk derma aferesis.
Any blood donor aged between 18 to 50 years old and weights more than 55 kilogram can be a apheresis donor.
             However, one cannot be a whole blood donor and apheresis at the same time.
MENGAPA PLASMA DAN PLATELET DIPERLUKAN(WHY PLASMA AND PLATELETS ARE NEEDED)...?

Plasma digunakan bagi merawat pesakit haemofilia, penyakit hati, masalah pendarahan, kelecuran dan penyakit buah pinggang. Manakala Platelet digunakan untuk menghalang pendarahan bagi mangsa demam denggi dan leukemia.
Plasma is used to treat conditions such as bleeding disorder, kidney disease, liver disease, haemophilia and burn. Platelets prevent bleeding, dengue fever and leukaemia.







DI MANAKAH BOLEH MENDERMA AFERESIS(WHERE CAN DONATE APHERESIS)..?
Anda boleh menderma di Tabung Darah yang terdekat yang menyediakan perkhidmatan ini atau di (You can donate at any Blood Bank that gives these services or )  Unit Pendermaan Tabung Darah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh
Pahang Darul Makmur