Wednesday, 27 January 2016

HEPATITIS C

PENGENALAN
Merupakan Virus bawaan darah. Mula dijumpai pada tahun 1989.  Produk darah telah diperiksa secara rutin untuk Hepatitis C sehingga tahun 1994, oleh itu, sebelum tahun tersebut, pemindahan darah (Transfusi darah) dan produk darah merupakan kaedah jangkitan utama. Penyebaran Virus Hepatitis C dianggarkan diantara 0.5% hingga 1.0% atau seorang yang dijangkiti dalam setiap 100-200 populasi.
 
APAKAH BAHAYA HEPATITIS C...?
TIADA VAKSIN UNTUK
HEPATITIS  C
1. Hepatitis C kronik boleh membawa maut. 
2. 85% daripada mereka yang terdedah kepada Virus menghadapi penyakit ini.
3. Satu (1) dalam Lima (5) pesakit yang menghadapi Hepatitis C akan mengalami parutan dan pengerasan hati secara berperingkat.
4. Risiko memperolehi barah hati adalah sehingga 5 % selepas 20 tahun dan sehingga 4 % setahun jika hati telah mengalami parutan. 
 
BAGAIMANA ANDA MENDAPAT HEPATITIS C
Hepatitis C adalah jangkitan Virus melalui pendedahan kepada darah seseorang yang telah dijangkiti Virus tersebut. Malah ia boleh dijangkit melalui darah kering.
 
Cara-Cara Jangkitan yang mungkin berlaku termasuk;-
1. Penyentuhan darah dengan darah yang dijangkiti.
2. Penggunaan alat suntikan ubat/darah yang sama.
3. Tattoo dan menindik telinga dan badan.
4. Transfusi darah (pemindahan darah) dan produk darah sebelum tahun 1994. 
 
 
APAKAH CARA JANGKITAN HEPATITIS C YANG LAIN
 
1. Berkongsi berus gigi, pisau cukur, alat gunting kuku jari dan kaki dengan orang yang diketahui menghidap penyakit Hepatitis C.  Walaupun risikonya rendah, peralatan-peralatan tersebut mungkin mempunyai kesan-kesan darah yang dijangkiti itu.
 
2. Malah berkongsi tuala juga boleh mendatangkan risiko.  
 
3. Manakala jangkitan melalui hubungan seks adalah rendah atau samar-samar sahaja tetapi kemungkinannya masih wujud, sesetengah kajian mencadangkan bahawa bahan-bahan Virus boleh didapati dalam cecair vagina atau air mani.
 
SIAPAKAH YANG PERLU MENJALANI UJIAN UNTUK HEPATITIS C
 
   
1. Mereka yang mendapat tranfusi darah atau produk darah yang tidak diperiksa terutama sebelum tahun 1994.
2. Penggunaan alat-alat suntikan ubat yang sama.
3. Pesakit Haemodialisis kronik
4. Kemalangan atau kecederaan yang diperolehi melalui penggunaan alat perubatan yang tidak cukup steril, amalan kawalan jangkitan yang lemah dan suntikan tidak selamat.
5. Jika ujian fungsi hati tidak normal.  
 
APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN JIKA ANDA DALAM KUMPULAN
BERISIKO TINGGI............?   
 
                Sekiranya anda merasakan diri anda dalam kumpulan berisiko tinggi, sila maklumkan kepada Doktor Anda dengan segera. Rujuk Pakar Gastroenterologi atau Hepatologi.
 
Iksan dari;-
Unit Pendermaan Tabung Darah
Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS)
28000 Temerloh
Pahang Darul Makmur
Tel: 09-2955333
 







No comments:

Post a Comment