Sunday, 24 January 2016

AFERESIS(APHERESIS)



AFERESIS(APHERESIS)

APAKAH AFERESIS(WHAT IS APHERESIS).?
Proses pengeluaran plasma dan platelet, kemudian mengembalikan semula sel darah merah kepada penderma dengan menggunakan mesin khas.
The process of withdrawing plasma and platelets and returning the red cells to donar. The process is easy as it is done by a machine.




BAGAIMANA IA DILAKUKAN(HOW IS IT DONE)..?
Anda akan dijemput duduk dan jarum yang mengalirkan darah akan dicucuk pada lengan anda yang
akan bersambung terus kepada mesin melalui saluran pengaliran darah.
            Darah akan masuk kedalam mesin yang akan mengasingkan sel darah merah dari plasma dan platelet. Plasma dan platelet akan dikumpul di dalam beg berasingan. Bagi plasma 30 minit. Lebih kurang 90 minit untuk menderma platelet. Sel darah merah akan dikembalikan kepada anda.

The donor will lie down on a reclining chair with the needle attached to his arm. Blood that iswithrawn goes into the separator which separates the red cells from the plasma and platelets.
             The machine then return the red cells to the donor. It takes 30 minutes to collect plasma and about 90 minutes to collect the platelets.

SIAPAKAH YANG LAYAK MENDERMA (WHO CAN BE A DONATE)...?


Sesiapa sahaja layak menyertai pendermaan ini selain dari penderma darah biasa. Jika ia sihat, berumur antara 18 hingga 50 tahun dan berat badan mestilah melebih 55  kilogram.
             Bagaimanapun tidak boleh menderma darah dalam masa yang sama untuk derma aferesis.
Any blood donor aged between 18 to 50 years old and weights more than 55 kilogram can be a apheresis donor.
             However, one cannot be a whole blood donor and apheresis at the same time.
MENGAPA PLASMA DAN PLATELET DIPERLUKAN(WHY PLASMA AND PLATELETS ARE NEEDED)...?

Plasma digunakan bagi merawat pesakit haemofilia, penyakit hati, masalah pendarahan, kelecuran dan penyakit buah pinggang. Manakala Platelet digunakan untuk menghalang pendarahan bagi mangsa demam denggi dan leukemia.
Plasma is used to treat conditions such as bleeding disorder, kidney disease, liver disease, haemophilia and burn. Platelets prevent bleeding, dengue fever and leukaemia.







DI MANAKAH BOLEH MENDERMA AFERESIS(WHERE CAN DONATE APHERESIS)..?
Anda boleh menderma di Tabung Darah yang terdekat yang menyediakan perkhidmatan ini atau di (You can donate at any Blood Bank that gives these services or )  Unit Pendermaan Tabung Darah Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh
Pahang Darul Makmur


No comments:

Post a Comment