Wednesday, 27 April 2016

PROGRAM DERMA DARAH BATAL


Assalammualaikum/Salam Shati Sejiwa.

Tuan/Puan yang di hormati.

Dukacita dimaklumkan bahawa pergerakan mobile (Program Derma Darah) pada tarikh berikut:-
Tarikh            : 28 April 2016
Masa              : 9.30 pagi
Tempat          : Dewan JKKR LKTP(F) Triang 3      

 Dan

Tarikh            : 29 April 2016
Masa              : 9.00 pagi
Tempat           : Di Dewan Serbaguna Kolej Latihan Perisikan ATM Mentakab

adalah di batalkan/Ditangguhkan kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan oleh Penganjur.

Kami dari Unit Pendermaan Darah Jabatan Patologi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh dan Penganjur memohon berbanyak maaf di atas perkara ini. Segala kesulitan di pihak tuan/puan amat kami kesali.

Pertanyaan boleh menghubungi kami di talian: 017-7562253 atau 09-5255333 bercakap terus dengan Encik Mohamad Roslan bin Hussin

Terima kasih kerana bersama kami.
 

Tuesday, 26 April 2016

PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA PENGARAH ADTEC JERANTUT


Assalammualaikum/Salam Sehati Sejiwa,
Kami dari Unit Pendermaan Darah Jabatan Patologi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh, merakamkan ucapan setinggi penghargaan tahniah dan terima kasih di atas kejayaan Pengarah dan Wargakerja Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut serta penderma darah yang telah sudi datang dan menderma darah pada tarikh 26 April 2016 (Selasa) di Dewan Besar ADTEC Jerantut. Mereka sudah....!
Anda di luar sana bila lagi....?

SEKIRANYA ADA PERTANYAAN.......TUAN/PUAN BOLEH MENGHUBUNGI KAMI DI TALIAN SEPERTI DI BAWAH;-

Salam hormat dari kami semua...Terima Kasih..

Sunday, 24 April 2016

PROGRAM DERMA DARAH DI ADTEC JERANTUT

“一滴血,万份情”捐血运动 BLOOD DONATION
Assalamualaikum/Salam sehati sejiwa
Tuan/Puan yang dihormati;

Dimaklumkan bahawa Pengarah dan Wargakerja Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut, Pahang dan dengan kerjasama Unit Pendermaan Darah Jabatan Patologi Hospital Sultan Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh, Pahang Darul Makmur dengan berbesar hati menjemput tuan/puan untuk datang dan menderma darah mengikut ketetapan pada;-
  • Tarikh (日期) : 26 April 2016 (Selasa)
  • Masa (时间)   : 9.30 pagi - 3.30 ptg.
  • Tempat (地点) : Di Dewan ADTEC Jerantut, Pahang Darul Makmur
"Mohlah Weh....derma darah.... Setitis darah boleh menyelamatkan insan tersayang"

Sebarang pertanyaan hubungi kami;-

Salam hormat dari kami...Terima kasih

SEKALUNG PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA PERSATUAN HAKKA TEMERLOH

Assalammualaikum/Salam Sehati Sejiwa,
Kami dari Unit Pendermaan Darah Jabatan Patologi Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh, merakamkan ucapan setinggi penghargaan tahniah dan terima kasih di atas kejayaan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Persatuan Hakka Temerloh serta penderma darah yang telah sudi datang dan menderma darah pada tarikh 24 April 2016 (Ahad) di Dewan Terbuka SMK(J) Chung Hwa Mentakab. Mereka sudah....!
Anda di luar sana bila lagi....?

SEKIRANYA ADA PERTANYAAN.......TUAN/PUAN BOLEH MENGHUBUNGI KAMI DI TALIAN SEPERTI DI BAWAH;-


Terima Kasih.....salam hormat dari kami semua...