Monday, 23 November 2015


Bil.(      ) dlm HT/BB/12-2/2 Jld.1  

                                                                                                       23    November   2015

 

 

PENGERUSI
JAWATANKUASA MASJID TAMAN TEMERLOH JAYA
28000 TEMERLOH
PAHANG DARUL MAKMUR

 

 

PERSETUJUAN  MENGANJURKAN  KEMPEN  DERMA  DARAH ,

Dengan segala hormatnya saya menarik perhatian dan merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.                  Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Tabung Darah Hospital ini amat mengharapkan keperihatinan  tuan bagi mengadakan kerjasama untuk menganjurkan kempen derma darah di kalangan Jemaah/Ahli dan Orang Awam bagi membantu mendapatkan bekalan darah hospital ini untuk keperluan pesakit yang memerlukan. Pihak Unit Tabung Darah Hospital HoSHAS mencadangkan  tarikh  penganjuran  adalah  mengikut  ketetapan seperti berikut;-

             TARIKH         :           12 Disember  2015 (Sabtu)

            MASA            :           9.30 pagi hingga 2.30 petang

           TEMPAT         :           Perkarangan Masjid

            Target             :           50 orang

 3.                  Bersama-sama dengan ini dikemukakan surat maklumbalas untuk perhatian dan tindakan tuan selanjutnya. Jawapan awal sangat dialukan bagi membolehkan kami membuat persiapan atau mencari kawasan yang baru

 4.                  Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pegawai kami Encik Mohamad Roslan bin Hussin di talian  09-2955333 samb 1491/1494 atau H/P: 017-7562253. Segala perhatian daripada pihak tuan  kami dahului dengan  ucapan  terima kasih.

 

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

saya yang menurut perintah,

 t.t.
.......................................................................................................
(DR RAJA MOHD HAZRUL FADZLEE RAJA IBRAHIM)
Pegawai Perubatan Unit Tabung Darah
Jabatan Patologi  Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,
Temerloh.

“PENYAYANG , BEKERJA BERPASUKAN, PROFESIONALISMA
ADALAH BUDAYA KERJA KITA”

 

No comments:

Post a Comment